Walaupun penyanyi dalam lagu Fuck Namewee by Mr. Hater di dalam klip di bawah menutup mukanya, namun suara dan gayanya memang sebijik Namewee.
Lebih menarik, lagu ini dimuat masuk ke rangkaian Namewee sendiri di Youtube dan dipromosikan di fanpage Facebook penyanyi itu.
Kalau benar lagu ini dinyanyikan pihak lain, mengapa Namewee beriya-iya mahu mempromosikannya bukan?
Komen-komen di Youtube dan Fanpagenya pun menjurus kepada membela atau mengutuk lagu itu yang mana hampir semuanya berkata, penyanyi itu adalah Namewee sendiri.
Apakah ini satu bentuk kreativiti atau gimik murahan?
Selepas puas mengutuk orang lain, Namewee kini terpaksa mengutuk diri sendiri pula ke?
Sumber : MyNewsHub
Tidak ada komentar:
Posting Komentar