Rabu, 25 Desember 2013

Lebih 10 000 banjiri acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat


SEREMBAN 3 Nov: Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi, sekalipun hujan lebat mencurah-curah.
Dalam padang berbecak, berbekal baju hujan atau payung – juga ada membiarkan diri, basah – mereka tidak berganjak demi mengikuti ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Jika 5,000 orang ada di lokasi itu sejak jam 4 petang dan setia menunggu ucapan pimpinan,   jumlah itu lebih sekali ganda menjelang jam 10 malam.
Kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ditunggui penuh sabar.
Sementara itu, semangat mereka dihangatkan dengan bait-bait indah tapi tegas melalui puisi yang dideklamasi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berjudul ‘Pelamin Kuasa’.
Pidato pemimpin lain, antaranya Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tambah membakar semangat juang rakyat.
Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrin Abasi; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Ghani dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fok, turut berucap.
Acara malam dimulai dengan ucapan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuang tuntutan royalti, anti-Lynas, membela peneroka, menuntut pilihan raya bersih dan adil dan membantah AES.
Empat warna tema pada perhimpunan ialah kuning sebagai menyokong Bersih, Oren (Anak), merah (Royalti) dan hijau (anti-Lynas).
Seperti biasa – gentar dek kebangkitan rakyat, cubaan mensabotaj program tetap berlaku tetapi gagal, namun ada kenderaan pengunjung dilapor dirosakkan samseng Umno.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/


Like the Post? Do share with your Friends.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

IconIconIconFollow Me on Pinterest