Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Februari 2014

TG Nik Aziz Husam Musa Diserbu Selepas Solat Jumaat Di Putrajaya

  GREENBOC  


Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya hari ini 26hb April 2013 hampir semua jemaah bila mendapat tahu akan kehadiran Mursyidul Am PAS TGNA dan calon PAS/PR Dato Hj Husam Musa berada sama dalam masjid berkenaan, terus menyerbu kearah kedua pemimpin ini untuk bersalaman.

Satu suasana yang cukup menyentuh kalbu dan mengharukan sekali.

Sayugia diingat, majoriti jemaah adalah kakaitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya.

Apakah reaksi spontan jujur lagi ikhlas para warga Putrajaya terhadap TGNA dan Husam Musa menandakan tidak mustahil calon PAS/PR Parlimen P100 Putrajaya, Dato Hj Husam Musa, akan memenangi parlimen ini?

Jawapannya ialah....Insy Allah, harapan cukup cerah sekali. -omakkau










{ Read More }


Selasa, 24 Desember 2013

Kisah Mayat Merasa ‘Hidup’ Selepas Mati

Kisah Mayat Merasa ‘Hidup’ Selepas Mati


Pernah dengar kisah orang yang sudah mati hidup semula?
Kalau bagi sesetengah pihak yang taksub dengan kepercayaan dan semangat hidup, mereka percaya orang yang sudah mati boleh hidup semula itu adalah benar.
Lebih-lebih lagi bagi sesetengah etnik atau kaum di sesebuah negara yang mengamal kuat budaya dan kepercayaan ‘halus’.
Di Indonesia, wilayah Toraja iaitu kawasan Baruppu, Rinding Allo Toraja Utara mempunyai kepercayaan mereka sendiri.
Masyarakat di Baruppu nyatanya mempunyai amalan tadisi yang diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.
Mereka hakikatnya taksub mengamalkan amalan atau ritual ‘Ma’nene’’ yang dilakukan setiap tahun.
Apa sebenarnya ritual Ma’nene’?
Ritual ma’nene’ adalah upacara meraikan ahli keluarga yang telah mati dengan tujuan mewujudkan rasa kasih dan cinta walaupun roh telah berpisah dari jasad.
Setiap tahun bulan Ogos, ahli keluarga si mati akan menggali semula kubur-kubur si mati dan mengeluarkan mayat si mati walaupun ada yang hanya tinggal tulang sahaja.
Kemudian, mayat si mati akan dibawa ke satu kawasan yang lapang di mana seluruh ahli keluarga sudah pun berkumpul menantikan kehadiran ‘roh baru’.
Selepas itu, ahli keluarga yang hidup akan menukarkan pakaian lama si mati dengan yang baru dan memperlakukan si mati seolah-olah dia masih lagi hidup.
Malah, mereka akan berbual bersama-sama si mati seperti bertanyakan khabar dan bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing.
Ritual seperti ini dilakukan kerana ingin mengekalkan rasa kasih dan sayang dengan si mati serta masih lagi merasakan si mati itu ahli keluarga mereka yang masih hidup.
Masyarakat Baruppu percaya, sekiranya mereka menjaga ‘kebahagian’ si mati, si mati juga akan menjaga keamanan dan ketenteraman keluarganya yang masih lagi hidup.
Ahli keluarga yang hidup turut percaya, si mati akan menjaga kewangan, hasil tanaman, keadaan rumah tangga yang harmoni akan terjaga sekiranya ritual ma’nene’ itu diamalkan setiap tahun.
Pelik bukan?

Sumber : MyNewsHub


{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest