KUALA LUMPUR – Satu gambar yang memperlihatkan pelakon wanita, Hanez Suraya berpelukan bersama ramai lelaki tersebar meluas di ruang internet ketika ini.
Gambai itu jelas menunjukkan Hanez sedang berseronok di kelab hiburan sambil memeluk lelaki.
Bagaimanapun, Hanez menerangkan gambar yang tersebar itu adalah gambar lama iaitu lima tahun yang lalu.
Untuk tidak mahu membuatkan ramai pihak salah faham mengenai dirinya, Hanez menerangkan semua lelaki itu adalah teman-teman rapatnya.
Malah, dia yang sekarang ini juga sudah tidak berperangai seperti dalam gambar itu.
“Itu semua gambar lama. Kalau tidak silap saya, gambar tersebut telah dirakamkan 5 tahun yang lalu. Semua lelaki yang ada dalam gambar itu adalah kawan lelaki saya yang rapat dengan saya.
“Ada juga antara mereka adalah teman lelaki kepada kawan baik saya. Saya memang mengaku dipeluk lelaki itu. Namun, itu semua zaman dulu saya waktu buat silap. Sekarang saya sudah bersih dan tidak lagi sebegitu.
“Antara banyak-banyak lelaki itu, tiada seorang pun yang pernah menjadi boyfriend saya. Gambar itu memang dirakamkan di Malaysia. Masa gambar ini tersebar pun saya sudah tidak lagi sebegitu,” kata Hanez yang dipetik dari portal Murai.com.
Kata Hanez, gambar-gambar yang tersebar adalah bukan milik peribadinya.
Dia juga berpendapat penyebaran gambar-gambar kontroversi itu bertujuan untuk menjatuhkan kerjayanya yang kian meningkat naik.
Hanez mengakui gambar itu menyebabkan dirinya tertekan tetapi tidak lagi kini kerana dia berjaya mengatai tekanan itu kerana memikirkan kontroversi yang timbul adalah lumrah hidup sebagai pelakon.
“Kebanyakan gambar itu bukan milik saya. Mungkin ada pihak tertentu yang sengaja siarkan gambar itu kerana mereka dengki. Alhamdulillah, saya dah boleh kawal perasaan saya dengan cerita kontroversi mengenai gambar ini.
“Sebelum ini, saya ada sedikit tertekan. Sekarang ini pun, saya hanya ada rasa terkejut kerana gambar-gambar tersebut masih terus disebarkan dan dikemaskini seolah-olahnya ianya adalah gambar terbaru saya,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto: Murai.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar