Selasa, 11 Februari 2014

Azmin Ada Dalam Dewan Bahas Kenaikan Gaji Tapi Cuma Diam Seribu Bahasa!



WALAUPUN lantang mengkritik kenaikan gaji wakil rakyat Selangor, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Azmin Ali sebenarnya ada di dalam sidang dewan undangan negeri sewaktu rang undang-undang itu dibentangkan tetapi memilih untuk berdiam diri, kata ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim.

“Apabila rang undang-undang itu dibentangkan, dibahas dan diluluskan, beliau berada di dalam dewan. Beliau tidak berkata apa-apa walau sepatah pun…

“Kecuali dua ADUN iaitu Sekinchan (Ng Suee Lim) dan Kampung Tunku (Lau Weng San) yang menyokong rang undang-undang itu, tiada seorang pun daripada yang menghadiri sidang membahaskan rang undang-undang gaji itu bercakap atau membangkang.

“Malah sewaktu bacaan kali ketiga pun, mereka ada di dalam dewan.

“Jadi mereka tak bolehlah tampil sekarang dan menyatakan yang mereka tak setuju,” kata Teng kepada wartawan hari ini.

Tegasnya, mereka yang membantah kenaikan gaji itu sepatutnya berbuat demikian agar ia boleh direkod dalam hansard dewan.

Tambahnya, Ng juga telah merangka surat kebenaran untuk ditandatangani oleh ADUN yang enggan menerima kenaikan gaji itu.

Surat itu adalah untuk membenarkan kenaikan tambahan gaji mereka didermakan buat pertubuhan kebajikan. – malaysiakini.com


Like the Post? Do share with your Friends.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

IconIconIconFollow Me on Pinterest