Tampilkan postingan dengan label mentor. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mentor. Tampilkan semua postingan

Kamis, 19 Desember 2013

500 Belia 100 Mentor Berhimpun Di KL


KUALA LUMPUR – Lebih 500 belia dari 60 negara bersama-sama 100 mentor masing-masing akan berhimpun di bawah satu bumbung di Kuala Lumpur mulai hari ini untuk ‘Global Startup Youth’ (GSY) pertama.

GSY, acara samping utama Sidang Kemuncak Keusahawanan Global keempat 2013 (GES 2013), memperkemas, kepelbagaian budaya dan kepakaran dan mengubahnya menjadi usaha teroka yang sedia dipasarkan dan ditingkatkan.

Dibangunkan oleh StartupMalaysia, program GSY merupakan kem latihan penuh aksi, mencabar, namun mengembirakan, dan ‘membuat kerja’, kata pengasas StartupMalaysia, Dash Dhakshinamoorthy.

Beliau berkata GSY merupakan penggerak idea yang bermatlamat merealisasikan idea kepada projek pertumbuhan tinggi, menyelesaikan masalah sebenar dunia.

“Ia akan meningkatkan dan membantu usahawan muda Malaysia untuk bergerak ke satu tahap baharu,” katanya kepada Bernama dalam temu bual.

Belia yang meliputi pembangun, pakar komputere, pakar domain dan pemimpin akan disertai pakar-pakar global dalam inovasi, reka bentuk, pemimpin projek permulaan dan peneraju usahawan akar umbi utama sebagai mentor bagi membantu mereka menyelesaikan masalah sebenar dunia.

“Tokoh paling berpengaruh di seluruh dunia datang ke Malaysia membantu usahawan melancarkan projek mereka. Kami sangat teruja,” katanya.

Projek terbaik akan dipamerkan bersama prototaip untuk tontonan pemimpin dunia dan pelabur pada akhir kem latihan empat hari itu.

Dash berkata proses pemilihan peserta untuk GES sangat ketat.

“Kami menerima 5,000 permohonan dari 64 negara. Mereka perlu mempunyai idea, lakukan sesuatu untuk masyarkat, menjadi pemimpin dalam pembangunan keusahawanan utama di negara masing-masing dan mempunyai rekod kejayaan yang sudah dibuktikan,” kata Dash.

Dash berkata belia Malaysia sangat bertuah namun kurang pengetahuan mengenai kaedah membangunkan syarikat.

“Saya pergi ke seluruh dunia, menjadi mentor usahawan di pelbagai negara dan menjadi penasihat dalam banyak pertandingan. Ada banyak peluang untuk belia Malaysia.

“Jika anda mempunyai idea, orang pertama yang akan mengambil risiko untuk melancarkan idea anda ialah kerajaan. Kerajaan sedia menyediakan peruntukan, melaburkan idea anda dan menaruh harapan kepada anda. Ini tidak berlaku di kebanyakan negara lain,” kata Dash.

Beliau berkata pembukaan syarikat di Malaysia juga tidak memerlukan modal yang besar.

Sementara itu, kira-kira 5,000 belia Malaysia menerima manfaat menerusi Program Keusahawanan 1Malaysia (1MET), satu lagi inisiatif sempena GES 2013.

“Kem latihan ini memberikan latihan amali mengenai cara usahawan boleh melancarkan syarikat. Kami menjalankan 22 kem latihan di tujuh lokasi di seluruh negara menjelang GES 2013. Tiada negara yang melakukannya. Ia merupakan acara hebat untuk belia di Malaysia,” katanya. – BERNAMA
{ Read More }


Selasa, 17 Desember 2013

Rogol Zatul Serah Pada Polis Dakwa Mohd Mentor

Rogol: Zatul Serah Pada Polis Dakwa Mohd (Mentor)


PETALING JAYA – Peserta program realiti Mentor musim keenam, Zatul, menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes rogolnya oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd.
Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.
“Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.
“Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.
Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) itu diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd yang mendakwa dia difitnah oleh Zatul atas tuduhan rogol.
thumb
Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini berkata, dia berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas fitnah itu kerana kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.
Mohd
Dalam pada itu tambah Zatul, nama baiknya juga tidak terjejas sekiranya Mohd yang merupakan protege kepada Ziana Zain mengambil pendekatan untuk terus memburukkan namanya kepada pihak media.
“Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen,” jelasnya.
Terdahulu Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 26, yang ditemui mStar Online selepas acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu mendedahkan Zatul pernah mengajaknya berkahwin sebelum ini.
Malah kata Mohd, Zatul juga merupakan peminatnya sehinggalah mereka menjadi rakan artis selepas wanita itu menyertai Mentor 6.
“Sebelum ini Zatul merupakan peminat saya dan kemudian kami menjadi rakan artis. Entah kenapa tiba-tiba dia ajak saya kahwin dan dia dah bersedia dengan semua persiapan majlis perkahwinan. Siap nak bawa jumpa keluarga lagi.
“Alih-alih, pada 5 Februari, saya ditahan reman atas tuduhan merogolnya pula. Mujurlah saya hanya ditahan empat hari sahaja kerana tiada bukti yang kukuh daripada pihak polis,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.-Mstar.com.my
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest