​
Tampilkan postingan dengan label hampir. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hampir. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

Potong Bekalan Elektrik Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Di Tetak

Potong Bekalan Elektrik, Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Di Tetak | Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus pergelangan tangan ditetak dua lelaki ketika melakukan kerja pemotongan bekalan elektrik di Lot 190 Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway di sini petang tadi.
Potong Bekalan Elektrik, Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Di Tetak
Gambar Hiasan
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, dalam kejadian pukul 5 petang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa, Muhammad Adni Isa, 42, dengan dua suspek yang tidak puas hati dengan tindakan mangsa memotong bekalan elektrik.

"Mangsa bersama seorang rakan bertugas membuat pemotongan elektrik di hadapan tiang TNB tempat kejadian. Tiba-tiba datang dua lelaki bertanya mengapa potong elektrik.

"Tidak puas hati dengan jawapan diberikan mangsa, berlaku pertengkaran sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah membawa dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Ah Chua lagi, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya dan diberi rawatan awal sebelum di hantar ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar untuk pembedahan.

Sehubungan itu, Ah Chua mengesahkan, dua suspek yang berusia 33 dan 45 tahun kini ditahan untuk tindakan lanjut.

Kes di siasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau cara-cara yang merbahaya. sumber


{ Read More }


Senin, 23 Desember 2013

PANAS Rita Rudaini Diminta Bayar Ganti Rugi Hampir RM100 000!

PANAS: Rita Rudaini Diminta Bayar Ganti Rugi Hampir RM100,000!

Pelakon dan model terkenal, Rita Rudaini diminta bayar ganti rugi sehingga RM100,000 oleh sebuah produksi tempatan setelah dirinya membuat keputusan untuk menarik diri daripada penggambaran drama berepisod yang dijangka selesai sehingga Julai depan.
Menurut Rita, dia membuat keputusan begitu setelah merasa tidak puas hati dengan beberapa faktor di set penggambaran dan menganggap mereka bekerja secara tidak profesional.
” Saya sendiri pergi berjumpa dengan pihak produksi, berbincang dan menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap cara mereka berkerja yang boleh dianggap tidak profesional. Mereka tak mahu berubah sebaliknya seolah-olah memberi kata dua kepada saya.
” Mereka provok saya sehingga saya buat keputusan untuk berhenti berlakon dengan mereka, pada 26 Februari lalu.
” Alih-alih, pada bulan ini (April) saya menerima surat yang bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan. Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100,000.
” Sudah lah tu, mereka minta saya bayar secepat mungkin,” katanya.– MalaysianDigest
NOTA: Berikutan hal tersebut, pihak Seniman akan cuba menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Setelah itu, satu perjumpaan khas antara Rita dan pihak produksi akan dijalankan bagi berbincang dan menjernihkan keadaan yang berlaku.

{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest