Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

Isteri ‘Projek’ Dengan Bangla Buat Laporan Konon Dirogol Nak Elak Malu

Salam semua,

* di atas adalah gambar hiasan 

Isteri ‘Projek’ Dengan Bangla, Buat Laporan Konon Dirogol Nak Elak Malu

MUAR – Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.
Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah tinjauan pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan
ke atasnya.
Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.
“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.
“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.
Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.
Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.
“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. (Sinar Harian)
{ Read More }


Senin, 16 Desember 2013

Video Namewee Buat Lagu Kutuk Diri Sendiri Pulak



Walaupun penyanyi dalam lagu Fuck Namewee by Mr. Hater di dalam klip di bawah menutup mukanya, namun suara dan gayanya memang sebijik Namewee.
Lebih menarik, lagu ini dimuat masuk ke rangkaian Namewee sendiri di Youtube dan dipromosikan di fanpage Facebook penyanyi itu.
Kalau benar lagu ini dinyanyikan pihak lain, mengapa Namewee beriya-iya mahu mempromosikannya bukan?
Komen-komen di Youtube dan Fanpagenya pun menjurus kepada membela atau mengutuk lagu itu yang mana hampir semuanya berkata, penyanyi itu adalah Namewee sendiri.
Apakah ini satu bentuk kreativiti atau gimik murahan?
Selepas puas mengutuk orang lain, Namewee kini terpaksa mengutuk diri sendiri pula ke?
Sumber : MyNewsHub
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest